Monday, November 30, 2009

2009 Cute Baby / Toddler In Sun Shade Contest


Category A - Below 2 yrs old

Nama:  Nur Imanina Syaura
Umur: 1 yr 9 mth
Tarikh lahir: 23 February 2008

Suke sangat bile tau ader contest ni...bukannye aper Nina suka sangat pakai sun shade...kl naik je kereta mesti cari sun shade...mmg banyak gambar nina ngan sun shade ni...tp pemilik contest nak satu je...so mama Nina pertaruhkan gambar ni...last minit join contest ni sbb baru ternampak masa blog walking tadi.   Harap2 contest ni diterima la.  Tarikh tutup hari ni 30/11/09...kalau tak diterima pn takpe la...at least boleh berkenalan dengan tuan empunya blog http://mummyameer.blogspot.com/.  Sekian, doakan mama Imanina menang ye kawan2.



Tuesday, November 24, 2009

sayang kamu

mama sayang sama kamu


kamu juga...


 
really love u both...mmuahss

Sunday, November 22, 2009

bateri weak

semalam tido lewat balik dari majlis persandingan anak sepupu di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam...dalam kul 1 jugak tido semalam...hujan plak lebat...aduh asyiknya...tp tu la tak cukup tido..kepala pening jer..mungkin juga disebabkan kena hujan kot...ye la skarang kt Terengganu musim hujan...hujan selebat-lebatnya...sampai kan ruang tamu rumah dah dinaiki air sampai kat buku lali...nak menaip pon rasa pusing2 je kepala ni...nanti2 la citer  lagi yer...mata dh pedih sgt ni...takleh nk continue dah...


bestnyer kalau leh tido tersembam cam ni....sambil peluk hubby bantal  golek

Friday, November 20, 2009

this entry dedicated to suya..

dear suya,

Selamat Pengantin Baru, doa kak jue semoga suya dan adi bahagia hingga ke anak cucu...selamat datang ke alam rumahtangga...harungi lah alam ini dengan penuh kesabaran kerana alam perkahwinan ini menuntut banyak kesabaran sebagai suami isteri...


suya (berbaju coklat) di sewaktu majlis pernikahanku...sekarang suya pulak yang akan melangsungkan pernikahan...semoga  semuanya selamat dan berjalan lancar...


*macamlah dh banyak sgt makan garam aku ni nk nasihat kt orang..hehe..cuma untuk panduan jer dari kak jue yg baru nk masuk 3 tahun alam berumahtangga...


Thursday, November 19, 2009

Hadapi Dengan Senyuman

Hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi
biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua kan baik-baik saja

Bila ketetapan tuhan
sudah ditetapkan
tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
bahawa semua yang terbaik
terbaik untuk kita semua
menyerahlah untuk menang

by: DEWA


November rain...

di kala hujan begini...tiba-tiba terlalu teringatkan anakku Nina...tgh buat aper dia skarang ni di rumah nenek yer...biasanya time tido dia ni...hmm..mama rindu anak mama...terlalu rindu...pagi tadi sedang mama solat subuh tiba2 mama terdengar suara halus memanggil mama...mama..mama...selagi mama tidak menyahut selagi itulah dia memanggil mama..mama..mama..aduh sayang...betapa mama hendak menajawab panggilan itu tetapi mama tgh solat...mmg waktu itu solat mama sudah tidak khusyuk mendengarkan panggilan itu...selesai ajer solat mama terus dapat kan si kecil mama di atas katil..mungkin apabila terjaga dan tidak nampak mama disebelahnya terus memanggil2 mamanya..nampak ajer mama dia tersenyum...oh betapa senyuman itu meluluhkan hati seorang ibu...terus ku cium2 pipinya...terus ke peluk2 tubuh kecil itu...buat mama rindu anak itu sampaila ke saat ini...ditambah lagi hujan dibulan november ini...mama terlalu merinduimu sayang..kalau lah mama dapat peluk anak mama sekarang ini alangkah bahagianya...


Nur Imanina Syaura...cinta hatiku..mama sayang Nina...

Monday, November 16, 2009

lama tak update kan...

sejak dua menjak cuaca mendung ni mama pon turut mendung...haha...lama tuk tak update...asyik join contest jer..tu pon banyak contest yg terlepas...takpe la..setakat yg sempat ajer la...aper citer cik nina yer skarang ni...hihi ni mama nk citer sket...start dari ari kamis lepas sampai la ke ari ni cik nina dah tak hisap puting...mama dah sorok semua puting nina...nampak cam kejam kan tapi hakikatnya memang terpaksa buat camtu...keintiman cik nina dengan puting berada di tahap yang membimbangkan...


satu kat tangan satu kt mulut....kadang tu sampai 3 puting sekaligus...


yang mama tak tahan sekali dia siap cium puting tu...sampai lali...ish takut mama tgk..mcm dh ketagih

tgh main pon masih nk cium puting tu jugak...rungsing mama...

sebab tu la mama ambil keputusan untuk pisahkan nina ngan puting tu...bukan aper..takut dia ketagih....nampak dah teruk sgt dia kemaruk ngan puting tu...skarang ni mama tak bagi nampak dah puting depan dia...habis semua puting dia mama simpan...kalau siang hari tu ader jugak dia mintak puting dia tp mama alihkan perhatian dia bagi dia tak ingat...tp yg tak tahan sekali bila time nk tido...memang dia mintak puting...kesian sgt2 tgk dia gelisah je...tgh2 malam lagi la...dia terjaga cari puting...tangan meraba-raba je kt atas katil tu cari puting sambil sebut ting...ting...ting...memang kesian la dengar dia merayu-rayu gitu...mcm2 la mama bagitau kat nina untuk alihkan perhatian dia...memag resah gelisah la...tp alhamdulillah la sehingga ke hari ni walaupon sekali sekala dia masih teringatkan puting tp nampak dia takde la sampai takleh tido...bersyukur sangat...harap2 nina berjaya la lupakan puting dia tu sikit masa lagi...lepas ni mesti mama
rindukan wajah ini.....




i love u sayang...mama buat ini semua untuk kebaikan sayang...nanti bila nina betul2 dah lupakan puting mama bagi reward ye kat sayang....

Wednesday, November 11, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Salam.  Nak cuba nasib lagi ngan contest dari MomBloggersPlanet.  Contest kali ni bertajuk:  MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest.

Nama anak: Nur Imanina Syaura
Tarikh Lahir: 23 Februari 2008






Gambar-gambar di atas diambil di kawasan rumah.  Biasanya tiap-tiap petang Imanina akan di bawa bersiar-siar dihadapan rumah kerana di situ banyak pokok-pokok ditanam di sekitar kawasan perumahan ini.  Imanina memang suka sentuh pokok, daun dan bunga.  Siap nak letak bunga kat celah telinga lagi tu..hehe..


 
Gambar ini pula di ambil di taman.  Imanina memang suka kalau dapat lepas bebas di taman.  Seperti taman itu dia yang punya.  Bebas bermain ke sana ke mari dengan gembira sampai tak nak balik...

Sebagai ibu bapa memang penting untuk kita membawa anak-anak melakukan aktiviti luar seperti ke taman, padang permainan dan pantai.  Ini adalah untuk memperkenalkan anak-anak dengan alam semulajadi dan disamping itu mereka dapat menghirup udara yang segar.  Selain itu juga mereka dapat menyentuh dan merasa benda-benda disekeliling mereka seperti pokok, rumput, pasir, batu dan sebagainya dengan diawasi oleh ibu bapa.  Dengan cara ini mereka dapat membezakan sama ada benda itu tajam, keras, lembut dan sebagainya.  Selain dari itu mereka  juga akan dapat berimaginasi dan meneroka sesuatu yang baru dimana akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir mereka. 

Jom ibu-ibu join contest ni...banyak hadiah menarik menanti anda...

Nak join contest sila klik: MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Hadiah-hadiah hebat ditaja oleh: 
PhotoBookMalaysia
AliceWonders

Tarikh tutup contest pada 15 November 2009. 

Tuesday, November 10, 2009

1st Birthday Moment Give Away



Yeay contest lagi...mama last minute join contest ni sbb baru jumpa ngan blog ni...rasanya sempat lagi kot mama join contest ni sebab tarikh tutup dia hari ni...so aci lagi la kan.  Contest ini dianjurkan oleh Mummy_Ayu dan Notti Netti sebagai salah seorang penaja hadiah. Ok jom kita tgk Nina's 1st Birthday Moment...


 

 

 
Nama anak:  Nur Imanina Syaura Bt. Ahmad Shariman
Tarikh lahir:  23 Februari 2008

Sebenarnya 1st birthday Nina diadakan lewat dari tarikh lahir Nina kerana sebelum itu Nina demam.  Mengenangkan sambutan ini adalah sambutan untuk kali pertama, mama celebrate jugak birthday Nina secara sederhana. Sambutan ini diadakan di kediaman nenek Nina dan diraikan oleh saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja kerana kekangan masa.  Walaupon begitu sambutan harijadi Nina sangat meriah.   Mama dan nenek Nina berkerjasam masak untuk majlis ini.  Mama masak soto, mee kari, manakala nenek Nina masak nasi minyak, laksa penang dan  mee goreng dan beberapa jenis kueh yang ditempah seperti mini muffin, mini apam, karipap dan makanan ringan untuk kanak-kanak.  Selain dari itu juga, goodies bag untuk kanak-kanak yang hadir disediakan sendiri oleh mama dan dibantu oleh makcik2 Nina.  Sambutan kali pertama ini diadakan sebagai meraikan dan menggembirakan anak kita walaupon mereka tidak berapa faham lagi erti sambutan harijadi.  Yang penting anak kita gembira dengan sambutan ini dan dapat mengeratkan silaturahim di antara kaum keluarga dan sahabat handai.



Monday, November 9, 2009

Baby Snowdrop's Giveaway


Salam semua, nak hadiah free tak?  Baby Snowdrop's ingin memperkenalkan produk baru mereka iaitu modern cloth pad dan baby ring sling. Sehubungan dengan itu Baby Snowdrop bermurah hati nak bagi sampel modern cloth pad percuma kepada sesiapa yang berminat.  Mama memang teruja sangat nak try cloth pad ni setelah baca mengenai modern cloth pad di blog Baby Snowdrop.  Sekarang baru lah mama tau yang disposable pad tu sebenarnya bahaya kepada kaum wanita.  Oleh itu kepada kaum wanita diluar sana yang prihatin terhadap kesihatan jangan lupa untuk mendapatkan sampel modern cloth pad percuma dengan menyertai Baby Snowdrop's Giveaway .





 
Modern Cloth Pad 

 Selain daripada itu, ader cabutan bertuah untuk anda semua. Hadiahnya sangatla menarik iaitu Baby Ring Sling .  Untuk melayakkan diri untuk cabutan bertuah ni jangan lupa sertai Baby Snowdrop's Giveaway.


 Ring Sling

Giveaway ni hanya untuk seminggu sahaja.  Tarikh tutup ialah pada 16 November 2009.



Tuesday, November 3, 2009

To Someone Who's Filled My World With So Much Love!

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

siapakah orang itu yer...today is your day...today is your wonderful day...sayang doakan semoga abang panjang umur, sentiasa dimurah rezeki dan semoga kita bahagia untuk selamanya...dan hari ini...sayang ingin memohon maaf segala salah dan silap sayang kepada abang....harap abang sabar ngan kerenah keras kepala sayang selama ini....bukan aper...mungkin sekadar inginkan lebih perhatian daripada insan bernama suami...mungkin cemburu dengan suami yang sentiasa penuh agenda luarnya...aper2 pon jauh disudut hati kecil ini tetap dan sentiasa menyayangi abang...rasa cinta ini tak pernah padam walaupon ada kalanya waktu marah sedang bergelora macam2 benda bodoh ingin dilakukan untuk menunjukkan protes...hehe (mcm budak2 kan)...sebenarnya itu semua adalah kerana tanda sayang...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Bday Boy - MU Die Hard Fan ;)

Happy Birthday My Hunny Bunny...I Love You So Much,


Muahssssssssssssssssss

Monday, November 2, 2009

aper yg mama tgh buat

mama skarang tgh gigih mengumpul gambar2 sebab nk masuk contest..hehehe..ader beberapa contest lagi yg mama nk masuk...sila lah jgn muntah yer...ye la setakat ni blom menang aper2 contest lagi kan mestilah terus berusaha sampai berjaya hehe...harap2 mama boleh la siapkan secepat mungkin agenda mama ni...jgn sampai terlepas dateline plak..hehe...biasa la mama ni nyanyuk pelupa orangnya...hehe..nk tau contest aper yg mama nk masuk pasni tungguuuu..........

Love
Daisypath Anniversary tickers
My Darling
Lilypie Second Birthday tickers
Anniversary Mama & Ayah
Daisypath Anniversary tickers
Birthday Nina
Lilypie Second Birthday tickers