Wednesday, September 2, 2009

Puisi untuk aku...

Kenakalanmu
(Khas Buat Ju yang baik)

Kenakalanmu
membuat ruang pejabat kita
bagaikan didendangkan
sebuah lagu merdu
tak pernah dijemu
menghibur hati yang sayu.

Kenakalanmu
bagaikan kian tersambung
seutas tali persaudaraan
erat kukuh panjang.

Kenakalanmu
adalah cermin
sikap peramah
serta tabah
elok budi dan bahasa
dirimu miliki
sukar untuk saya jumpai
sukar untuk saya lupai

Mohad Ibrahim
Rakan Sepejabat
April 2005

terima kasih En. Mohad kerana sudi buatkan puisi ni...bukan senang org nk buat puisi psl kita kan...masa dapat puisi ni aku baru keje..tak sampai setahun pon...terharu sgt2.. walaupon puisi ni dah lama...tapi aku sgt menghargainya...En. Mohad ni mmg orang seni...pandai berpantun, buat puisi, syair dan macam2 lagi la...kl memang selalu puisi yang dia buat tersiar dalam surat kabar...dia mmg aktif dalam bidang seni...terima kasih sekali lagi En. Mohad...

*nakal ke? hik hik hik...

2 comments:

  1. jue, aku ingat lagi puisi ni. sebab masa tu mung suka sangat nyakat dia and syuk. oh, i missd that moment!!!

    ReplyDelete
  2. hahaha...me too...really miss our moment...

    ReplyDelete

Love
Daisypath Anniversary tickers
My Darling
Lilypie Second Birthday tickers
Anniversary Mama & Ayah
Daisypath Anniversary tickers
Birthday Nina
Lilypie Second Birthday tickers