Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Monday, November 30, 2009

2009 Cute Baby / Toddler In Sun Shade Contest


Category A - Below 2 yrs old

Nama:  Nur Imanina Syaura
Umur: 1 yr 9 mth
Tarikh lahir: 23 February 2008

Suke sangat bile tau ader contest ni...bukannye aper Nina suka sangat pakai sun shade...kl naik je kereta mesti cari sun shade...mmg banyak gambar nina ngan sun shade ni...tp pemilik contest nak satu je...so mama Nina pertaruhkan gambar ni...last minit join contest ni sbb baru ternampak masa blog walking tadi.   Harap2 contest ni diterima la.  Tarikh tutup hari ni 30/11/09...kalau tak diterima pn takpe la...at least boleh berkenalan dengan tuan empunya blog http://mummyameer.blogspot.com/.  Sekian, doakan mama Imanina menang ye kawan2.



Wednesday, November 11, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Salam.  Nak cuba nasib lagi ngan contest dari MomBloggersPlanet.  Contest kali ni bertajuk:  MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest.

Nama anak: Nur Imanina Syaura
Tarikh Lahir: 23 Februari 2008






Gambar-gambar di atas diambil di kawasan rumah.  Biasanya tiap-tiap petang Imanina akan di bawa bersiar-siar dihadapan rumah kerana di situ banyak pokok-pokok ditanam di sekitar kawasan perumahan ini.  Imanina memang suka sentuh pokok, daun dan bunga.  Siap nak letak bunga kat celah telinga lagi tu..hehe..


 
Gambar ini pula di ambil di taman.  Imanina memang suka kalau dapat lepas bebas di taman.  Seperti taman itu dia yang punya.  Bebas bermain ke sana ke mari dengan gembira sampai tak nak balik...

Sebagai ibu bapa memang penting untuk kita membawa anak-anak melakukan aktiviti luar seperti ke taman, padang permainan dan pantai.  Ini adalah untuk memperkenalkan anak-anak dengan alam semulajadi dan disamping itu mereka dapat menghirup udara yang segar.  Selain itu juga mereka dapat menyentuh dan merasa benda-benda disekeliling mereka seperti pokok, rumput, pasir, batu dan sebagainya dengan diawasi oleh ibu bapa.  Dengan cara ini mereka dapat membezakan sama ada benda itu tajam, keras, lembut dan sebagainya.  Selain dari itu mereka  juga akan dapat berimaginasi dan meneroka sesuatu yang baru dimana akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir mereka. 

Jom ibu-ibu join contest ni...banyak hadiah menarik menanti anda...

Nak join contest sila klik: MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest

Hadiah-hadiah hebat ditaja oleh: 
PhotoBookMalaysia
AliceWonders

Tarikh tutup contest pada 15 November 2009. 

Tuesday, November 10, 2009

1st Birthday Moment Give Away



Yeay contest lagi...mama last minute join contest ni sbb baru jumpa ngan blog ni...rasanya sempat lagi kot mama join contest ni sebab tarikh tutup dia hari ni...so aci lagi la kan.  Contest ini dianjurkan oleh Mummy_Ayu dan Notti Netti sebagai salah seorang penaja hadiah. Ok jom kita tgk Nina's 1st Birthday Moment...


 

 

 
Nama anak:  Nur Imanina Syaura Bt. Ahmad Shariman
Tarikh lahir:  23 Februari 2008

Sebenarnya 1st birthday Nina diadakan lewat dari tarikh lahir Nina kerana sebelum itu Nina demam.  Mengenangkan sambutan ini adalah sambutan untuk kali pertama, mama celebrate jugak birthday Nina secara sederhana. Sambutan ini diadakan di kediaman nenek Nina dan diraikan oleh saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja kerana kekangan masa.  Walaupon begitu sambutan harijadi Nina sangat meriah.   Mama dan nenek Nina berkerjasam masak untuk majlis ini.  Mama masak soto, mee kari, manakala nenek Nina masak nasi minyak, laksa penang dan  mee goreng dan beberapa jenis kueh yang ditempah seperti mini muffin, mini apam, karipap dan makanan ringan untuk kanak-kanak.  Selain dari itu juga, goodies bag untuk kanak-kanak yang hadir disediakan sendiri oleh mama dan dibantu oleh makcik2 Nina.  Sambutan kali pertama ini diadakan sebagai meraikan dan menggembirakan anak kita walaupon mereka tidak berapa faham lagi erti sambutan harijadi.  Yang penting anak kita gembira dengan sambutan ini dan dapat mengeratkan silaturahim di antara kaum keluarga dan sahabat handai.



Wednesday, October 28, 2009

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel

 

Nama anak:  Nur Imanina Syaura
Umur: 1 tahun 8 bulan

Kali ni mama nk join contest yang dianjurkan oleh SMILEYKIDZ PHOTOGRAPHY. Nama contest ni ialah Online Contest - Senyuman Ceria Si Comel. Smileykidz Photography menyediakan perkhidmatan indoor & outdoor fotografi servis dengan harga yang berpatutan.  Mama memang teringin sangat nk buat outdoor fotografi ni untuk Nina memandangkan nina tak pernah ada outdoor fotografi oleh jurugambar profesional dan gambar yg diambil oleh jurugambar profesional memang terbukti cantik kan...mama dh belek2 blog smileykidz photography dan mama dapati perkhidmatan yang diberikan memang superb...gambar memang sangat cantik...bestnya kalau mama dapat menang contest ni. Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:
Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

menarik kan....so mama pertaruhkan gambar di atas...maner tau kali ni rezeki mama plak kan menang contest...so mama-mama diluar sana jom join contest ni...simple aje syarat-syarat dia...so sesiapa nk join boleh klik di Online Contest - Senyuman Ceria Si Comel. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2009 Jam 11.59 mlm.

Thursday, August 20, 2009

Sweet Memories With LondonSale Contest

Salam semua...nak join contest lagi..hehe...kali ni dengan LondonSale (My Baby World) pulak sebagai sokongan padu terhadap LondonSale kerana mudah berurusan dengan seller dia, Nina dan dibantu oleh adiknya, Chik yang sangat friendl. Selain daripada itu barang2 yang dijual oleh mereka mmg best2...takmo cakap panjang kl nak tau lebih lanjut leh ke kedai mereka ye.

Ok la jom layan contest.

Sweet Memories With LondonSale Contest

As a show of gratitude for your support for LondonSale thus far, we would like to invite entries
for our "Photo Contest". There are great prizes to be won both mother and child(ren)!!

(JUNE & JULY BATCH)

************************

We are looking for photographs which depict the fondest and most interesting moments your child(ren) have had with the items bought from LondonSale.



1. Take a photograph of your child(ren) with the item(s) in the catagories given.


2. Submit via email the picture to us with the details..

- name of your child

- age

- how do they have fun with the item.


3. Every contestant is allowed ONE submission for EACH category.


4. Decision on the winning entries is final.



Categories:


a) Little Touch Leappad

b) My First Leappad

c) Leappad Learning System

d) Other toys/books/play pool centre.





Closing date :

31st August 2009 (11.59 p.m. - Malaysian time)




Great prizes await the winners!!



GRAND PRIZE :


PACKAGE OF FAMILY PHOTO-SHOOT**

worth RM300











Nama: Nur Imanina Syaura bt. Ahmad Shariman
Umur: 18 bulan
Kategori: Little Touch Leappad

First time tunjuk Little Touch Leappad ni kat Imanina memang nampak dia excited sangat. Mula2 nak guna Little Touch Leappad ni mama duk sama2 ngan Imanina sebab nak monitor Imanina guna Little Touch Leappad ni. Selepas seminggu, mama tengok Imanina dh boleh touch sendiri...gembiranya mama. Nina siap ikut lagi bunyi2 sampai muncung mulut...pastu kl dengar muzik plak siap menari-nari lagi..haha...bagus betul Little Touch Leappad ni...kita boleh pilih setting yang kita nak. Sekarang dengan adanya Little Touch Leappad ni mama boleh lah buat kerja rumah sbb Imanina asyik explore setiap mukasurat buku-buku Little Touch tu. Selain daripada itu Imanina dapat belajar macam-macam daripada mengenal first word, number, alphabet, speech, sound, music, rhymes & dance, friendship, emotions dan macam-macam lagi la...memang worth buying. Terima kasih aunty Nina dari LondonSale (My Baby World) kerana memperkenalkan Little Touch Leappad ni. Imanina tak sabar-sabar nk tunggu yg next shipment plak. Jumpa aunty Nina di Londonsale (My Baby World) ye. Lepas ni ader lagi contest untuk next arrival...kalau nak join contest jgn lupa shopping di sana.


Tuesday, August 18, 2009

" BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"



salam semua...nak join contest lagi...heheh... contest kali ni bertajuk " BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess" yang dibawakan khas oleh Gugu Gaga Mea Zara. Penganjurnya pula tak lain tak bukan iaitu si comel Princess Delisha...mujurla Princess Delisha pengajur, kalau masuk contest jugak mesti si comel ni la yang menang...hehe.



Nama anak: Nur Imanina Syaura bt. Ahmad Shariman
Tarikh lahir: 23 Februari 2008
Gambar ni diambil oleh ayah pada 19 Jun 2009. Mama suka sangat dengan gambar ni sebab gambar ni memang natural. Bukan senang nak ambik gambar Nina tengah senyum lebar macam ni. Masa gambar ni diambil Nina tengah main pastu ayah secara tidak sengaja ambik gambar Nina...dan hasilnya sangatlah menarik sebab Nina senyum tanpa disuruh. Terima kasih kepada ayah utk gambar yg sgt cantik ini. Gambar ni memang gambar favourite mama la. Harap-harap gambar ni beri tuah la pada mama untuk menang.



Gambar ni pulak diambil pada 24 Julai 2009. Mama suka jugak ngan gambar ni sebab gambar gambar candid mama ngan Nina yang diambil makcik Nina dikedai makan. Sebenarnya kedua2 gambar ni dah ader dalam entry sebelum ni tapi disebabkan mama suka ngan kedua-dua gambar ni so mama masukkan dalam contest ni. Semoga kali ni tuah berpihak pada mama pulak. Terima kasah ye baby zara yang anjurkan contest ni dengan hadiah2 yang begitu menarik.

Thursday, August 13, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

Salam semua...terima kasih kepada MomBloggersPlanet kerana menganjurkan contest ini...menarik sangat contest ni sebab kita leh share pendapat mengenai the usage of toys in early childhood learning. Sekarang ini kita dapat lihat banyak mainan di pasaran namun adakah kita sedar sama ada mainan itu sesuai dan selamat untuk anak-anak kita. Sebagai ibu, saya banyak buat research sebelum beli toys untuk Nina di internet. Baca dahulu benefit aper yg boleh didapati dari toys itu dan tahap keselamatan toys itu untuk anak. Saya juga mengambil kira minat anak saya terhadap toys jenis aper. Biasanya Nina suka toys yang colourful dan ader bunyi-bunyian. Boleh dilihat dari gambar di bawah kebanyakan mainan Nina semua ader muzik.

Sesiapa yang nak join contest ini boleh lah mengunjugi:

MomBloggersPlanet Contest page

Hadiah yang sangat menarik ini ditaja oleh:

AliceWonders


PhotoBookMalaysia

Nama anak: Nur Imanina Syaura bt. Ahmad Shariman
Tarikh lahir : 23 Februari 2008


1. Nina with Sweet Cuddles Little Bee - mama beli little bee ni sebagai teman nina tidur...mama suka materialnya yang lembut dan boleh dibasuh..


2. Nina with Bee Bop Building Singing Snail Pail - ini pulak shape sorter...bila blok sudah penuh dimasukkan dalam perut snail ini muzik akan berbunyi...sgt best...selain daripada itu, mama boleh latih Nina mengenal warna dan bentuk dari blok-blok tersebut...material dia jugak tidak tajam...selamat untuk anak2...


3. Nina with Learning Table - learning table ni pulak ader bunyi2 jugak...nina sangat2 suka...kl dengar je muzik dari learning table ni siap menari-nari lagi...selain daripada itu boleh juga susun blok di atas permukaan table ini dan blok akan berpusing2 bila muzik dimainkan...sangat mengujakan Nina...material sama dengan toys diatas...tak tajam dan berwarna-warni


4. Nina with Nursery Rhymes Book - favourite nina...sehari berkali-kali Nina mintak mama bacakan buku ni...Nina suku buku ni sebab setiap page ader karakter yg boleh ditekan untuk mengeluarkan bunyi dan ader lampu menyala..


5. Nina with Rocking Horse - rocking horse ni mama letak kt rumah nenek...petang2 sebelum mama ambil Nina dari rumah nenek Nina main dgn rocking horse ni dulu...boleh tgk betapa gembiranya wajah nina naik rocking horse ni...rocking horse ni bagus sbb material juga tidak tajam dan support kt belakang yg tinggi untuk mengelakkan anak tergelongsor...walaupun diperbuat daripada plastik rocking horse ini sangat kukuh dan stabil...

Sangat bagus jika ibu bapa dapat perkenalkan toys ni kepada anak2 seawal dari bayi kerana mainan dapat improve motor skills, develop eye-hand coordination dan boleh membantu visual stimulation and development. Pendek kata memang bagus untuk perkembangan anak-anak kita.

Monday, May 25, 2009

'CONTEST SEIRAS WAJAH'

Salam semua....

Jalan-jalan kt blog mama ezureen pastu ternampak mama ezureen join contest ni..."CONTEST SEIRAS WAJAH"...heheh aku pon teringin sama nk join contest ni...nak memeriahkan majlis hehe...contest ini dibawakan oleh blog UmmiAbbiQis..so sesiapa yang berminat nak join contest ni bolehla ke... http://mayaqarmyla.blogspot.com/...syarat penyertaan simple ajer...jom kawan2 kita join contest ni..ni aku punya...hehe



**Nama anak : Nur Imanina Syaura bt. Ahmad Shariman
**Tarikh melahirkannya : 23 Februari 2008, Sabtu, 1.23 pm
**Apa persamaan kamu dan anak : Memang banyak persamaan..mungkin sebab anak perempuan kot..rambut halus dan ikal dihujung (memang sebijik rambut mama tu...kalau rambut ayah lurus jer...hehe), mata, kening, mulut pon sama...sampaikan ader sedara yang tengok Imanina kat rumah mak cakap(waktu keje Imanina tinggal ngan nenek) "ini mesti anak Jue (aku lah tu)...tgk muka dah tau dah" (memang ramai pon yang cakap macam tu bile tgk Imanina)...hmm..memang sah2 banyak persamaan kan...Imanina memang suka pegi jalan2.....kalau naik kereta nak travel ke mana2 baik jer dia...sanggup tak tido...mama pon camtu dik...suka sangat kalau ayah bawak jalan2...satu lagi bab makan...adik tak memilih bab makan...mama pon cam tu...hehe...suka ikut aper yang mama buat...cth:jemur baju, suka main ngan periuk (nk ikut mama masak), suka pakai kasut tinggi mama...hahaha...
**Kenangan plg manis antara kamu dan si anak : Saat Imanina menyusu badan...mama sangat rindu saat itu sayang...saat sayang merenung mata mama, saat sayang pegang erat jari jemari mama semasa sedang menyusu dan saat sayang menjilat-jilat bibir mungil sayang selepas menyusu dengan mama...selepas itu mama dodoi sayang sampai la sayang tertido di pangkuan mama...sekarang sayang dah besar tetapi masih lagi nak tido di pangkuan mama...tetapi bila dah besar ni sayang pulak yang dodoi mama...sayang buat hidup mama jadi sangat beerti...sungguh indah menjadi seorang ibu dengan kehadiranmu sayang....

Love
Daisypath Anniversary tickers
My Darling
Lilypie Second Birthday tickers
Anniversary Mama & Ayah
Daisypath Anniversary tickers
Birthday Nina
Lilypie Second Birthday tickers