Sunday, March 29, 2009

Sesungguhnya

Sesungguhnya disebalik kekurangan itu ada kelebihan, sesungguhnya disebalik kesusahan itu ada kesenangan, sesungguhnya semua yang kita miliki adalah kurniaan dari Nya...sejak menjadi seorang ibu, hati aku mudah tersentuh....terutamanya bab anak/baby...aku mmg mudah menangis...aku mmg slalu follow blog puteri (my.little.secret) dan blog ina (sukadukacita)...aku mmg tersentuh membaca cerita2 tentang permata hati mereka...kepada puteri, tabahkanlah hatimu dalam membesarkan idris..sesungguhnya idris itu memang kurniaan istimewa dari Nya...kepada ina, sesungguhnya yang patah tumbuh, hilang berganti...tuhan dah makbulkan permintaan ina....syukur bila kak jue dapat tau yang ina positif...

Sebenarnya sblm ni aku pn pernah mengalami saat duka semasa imanina berusia 21 hari...dia ditahan di wad kerana demam panas...di sana dia dimasukkan ke dalam inkubator untuk menurunkan suhu badannya...6 kali sehari dia disuntik dengan antibiotik yang amat menyakitkan...alhamdulillah dalam masa seminggu suhu badan imanina mulai turun...selepas 10 hari imanina dibenarkan pulang...sesungguhnya aku sedar bahawa ada orang lain yang menanggung ujian yang lebih berat...aku harus bersyukur aku diberikan ujian yang sekecil itu...hari ini aku ke klinik pediatrik untuk rawatan susulan imanina..setelah di periksa alhamdulillah imanina sihat...perkembangan dia pn ok...cuma berat badan dia turun dari 9kg ke 8.7 akibat demam minggu lepas...insyaallah aku harap pasni anak aku terus sihat hendakNya...

2 comments:

  1. thanks kak ju...
    tu la, syukur sangat bila tahu dah positif...
    Doakan sume yang terbaik untuk ina erk???
    Doakan agar peristiwa itu tak akan kembali lagi...amiin...

    ReplyDelete
  2. terima kasih. macam aku selalu kata, Idris is the best thing ever happened for my entire life, walau pahit mana pun untuk aku tempuh, sebab aku tahu setiap benda jadi akan ada baik dan buruknya.

    terima kasih. sokongan dan keprihatinan kawan-kawan la yang membuatkan aku kuat.

    hanya yang baik-baik untuk Idris :)

    ReplyDelete

Love
Daisypath Anniversary tickers
My Darling
Lilypie Second Birthday tickers
Anniversary Mama & Ayah
Daisypath Anniversary tickers
Birthday Nina
Lilypie Second Birthday tickers