Salam. Nak cuba nasib lagi ngan contest dari
MomBloggersPlanet. Contest kali ni bertajuk:
MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest.
Nama anak: Nur Imanina Syaura
Tarikh Lahir: 23 Februari 2008
Gambar-gambar di atas diambil di kawasan rumah. Biasanya tiap-tiap petang Imanina akan di bawa bersiar-siar dihadapan rumah kerana di situ banyak pokok-pokok ditanam di sekitar kawasan perumahan ini. Imanina memang suka sentuh pokok, daun dan bunga. Siap nak letak bunga kat celah telinga lagi tu..hehe..
Gambar ini pula di ambil di taman. Imanina memang suka kalau dapat lepas bebas di taman. Seperti taman itu dia yang punya. Bebas bermain ke sana ke mari dengan gembira sampai tak nak balik...
Sebagai ibu bapa memang penting untuk kita membawa anak-anak melakukan aktiviti luar seperti ke taman, padang permainan dan pantai. Ini adalah untuk memperkenalkan anak-anak dengan alam semulajadi dan disamping itu mereka dapat menghirup udara yang segar. Selain itu juga mereka dapat menyentuh dan merasa benda-benda disekeliling mereka seperti pokok, rumput, pasir, batu dan sebagainya dengan diawasi oleh ibu bapa. Dengan cara ini mereka dapat membezakan sama ada benda itu tajam, keras, lembut dan sebagainya. Selain dari itu mereka juga akan dapat berimaginasi dan meneroka sesuatu yang baru dimana akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir mereka.
Jom ibu-ibu join contest ni...banyak hadiah menarik menanti anda...
Nak join contest sila klik:
MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest
Hadiah-hadiah hebat ditaja oleh:
PhotoBookMalaysia
AliceWonders
Tarikh tutup contest pada 15 November 2009.